Doki Doki Literature Club

Doki Doki Literature Club! adalah sebuah novel visual yang dihasilkan oleh Team Salvato. Ianya dilancarkan pada 22 September 2017 kepada Microsoft Windows, macOS dan Linux, dan kemudian di Steam pada 6 October. Ceritanya mengisahkan tentang seorang lelaki bersekolah menegah yang memasuki Kelab Sastera dan berinteraksi dengan 4 ahli perempuan. Permainan ini menunjukkan kebanyakannya cerita yang linear, dengan sedikit babak alternatif dan pengakhiran yang berdasarkan pilihan yang dibuat oleh pemain. Selain itu, permainan ini rupa seperti permainan yang baik dan ringan, tetapi ianya ialah permainan berasaskan psikologi seram yang mempunyai banyak situasi yang memecahkan dinding keempat.[1]Permainan ini dicipta pada jangka masa 2 tahun oleh sebuah kumpulan yang diketuai oleh Dan Salvato, diketahui sebelum ini disebabkan kerjanya di Super Smash Bros. Melee. Berdasarkan Salvato, inspirasi kepada permainan datang daripada perasaan bercampur aduk terhadap anime, dan juga terhadap sesuatu yang pelik dan menganggu. Semasa ia dilancarkan, Doki Doki Literature Club! menerima kritikan terhadap metafiksyen dan elemen seram, dengan PC Gamer memanggil game ini sebagai 'salah satu permainan yang mengejutkan pada tahun ini'[2]